JAM berharga RM2.68 juta yang dipakai McGregor di hari jadinya. FOTO Agensi
JAM berharga RM2.68 juta yang dipakai McGregor di hari jadinya. FOTO Agensi
Agensi

CONOR McGregor meraikan ulang tahun kelahiran ke-32 bersama isteri dan ibu kepada dua anak mereka, Dee Devlin di French Riviera.

Menariknya McGregor dilihat memakai jam berharga £500,000 (RM2.68 juta) ketika berparti bersama kenalan rapatnya.

Dia juga mengenakan baju dan seluar pendek Versace berharga £800 (RM4,300). McGregor dan isterinya juga dilihat berehat di tepi kolam renang.

Bintang UFC itu juga menikmati makan malam bersama isterinya di sebuah lokasi istimewa.

Dengan dilabel antara atlet paling kaya di dunia, tidak hairanlah jika McGregor meraikan ulang tahun kelahirannya dengan cukup mewah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 10:51 PM