X
KUMPULAN doktor dari Cuba yang menerima jersi ditandatangani oleh Ronaldo sendiri. FOTO Agensi
KUMPULAN doktor dari Cuba yang menerima jersi ditandatangani oleh Ronaldo sendiri. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo menghantar sekotak jersi Juventus yang ditandatanganinya untuk pasukan perubatan dari Cuba yang bertugas di Turin bagi membantu menangani pandemik Covid-19.

Banyak kumpulan doktor dari Cuba di hantar ke serata dunia membabitkan 35 negara untuk membantu menangani wabak itu.

Itali adalah salah satu negara yang terjejas teruk akibat pandemik itu dengan Turin antara paling terjejas.

Ronaldo dan jurulatih Juventus, Maurizio Sarri berharap dapat mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan yang membantu negara itu.

Bagaimanapun kekangan pergerakan akibat perintah berkurung mengedahkan mereka untuk mengunjungi kumpulan berkenaan.

Atas faktor itu, kelab Serie A berkenaan menghantar sekotak jersi Juventus yang ditandatangani oleh Ronaldo untuk diberikan kepada kumpulan doktor sebagai tanda penghargaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 11:07 PM