Gabriel Martinelli. FOTO File Agensi
Gabriel Martinelli. FOTO File Agensi
Agensi

PENYERANG muda Arsenal, Gabriel Martinelli dijangka tidak dapat menyertai sesi latihan pasukan itu sehingga hujung tahun ini berikutan menjalani pembedahan lutut.

Martinelli, 19, menandatangani kontrak jangka panjang dua minggu lalu, menjaringkan 10 gol daripada 16 penampilan sebelum mengalami kecederaan di lutut kirinya dalam sesi latihan 21 Jun lalu.

Dia yang menyertai Gunners daripada pasukan Itali, Ituano, tahun lalu, pada awalnya dijangka akan berehat selama dua atau tiga bulan tetapi perkembangan terkini mendapati dia mungkin tidak akan beraksi sehingga tahun depan.

Arsenal menerusi laman rasmi kelab itu mengesahkan Martinelli kini menjalani pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan lutut hujung bulan lalu.

Dia dijangka meneruskan sesi pemulihannya sehingga penghujung musim ini dengan sasaran untuk kembali menjalani latihan pada penghujung 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 8:09 PM