MURIEL (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Timothy Castagne. FOTO AFP
MURIEL (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Timothy Castagne. FOTO AFP
AFP

LUIS Muriel masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketika Atalanta menewaskan Bologna 1-0 pada aksi Serie A sekali gus kembali menduduki tangga kedua liga di belakang pendahulu, Juventus.

Gol tunggal Muriel menyaksikan Atalanta melebarkan rekod tanpa kalah kepada 15 perlawanan dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Juventus.

Sementara itu, bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic meledak dua gol ketika AC Milan menewaskan pasukan yang bermain 10 pemain, Sassuolo 2-1 untuk mara ke kedudukan kelima di depan Roma dan Napoli bagi saingan di Liga Europa.

Atalanta sudah menang enam perlawanan berturut-turut sejak liga bersambung akibat perintah berkurung Covid-19 sebelum seri 2-2 berdepan Juventus dan diikat 1-1 oleh Verona sebelum ini.

Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini diarahkan keluar daripada tepi padang selepas bertelagah dengan rakan sejawatan, Sinisa Mihajlovic sebelum rehat dengan jurulatih Bologna itu dilayangkan kad kuning.

"Saya tidak sepatutnya dibuang padang tapi biarlah kita bercakap mengenai perlawanan itu.

"Kami mencari rentak konsisten di atas padang. Kemudian kami mempunyai 12 hari untuk memilih apa yang boleh dilakukan bagi bersedia menghadapi Liga Juara-Juara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 9:14 AM