Tyson bakal berentap dengan Jones Jr. FOTO AFP
Tyson bakal berentap dengan Jones Jr. FOTO AFP
Agensi

MIKE Tyson bersedia untuk membuat kemunculan semula dalam tinju apabila beliau akan berdepan Roy Jones Jr dalam perlawanan pertunjukan lapan pusingan.

TMZ mendakwa aksi pertunjukan legenda akan diadakan di California pada 12 September ini.

Jones Jr, 51, mendakwa minggu ini beliau akan keluar dari persaraan untuk berdepan Iron Mike.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 1:03 AM