Khamzat Chimaev
Khamzat Chimaev
Agensi

KETUA UFC, Dana White yakin bintang yang makin menyinar Khamzat Chimaev akan menjadi salah seorang atlet seni bela diri campuran (MMA) terbaik di dunia.

Atlet dari Sweden itu melakar sejarah malam tadi dengan memenangi dua pertarungan dalam 10 hari di Pulau Pertarungan 3.. dalam dua divisyen berat berbeza.

Chimaev, 26, mencuri perhatian dunia pada aksi ganas di pusingan pertama KO ketika menewaskan Rhys McKee dalam kategori welterweight.

Ia adalah kemenangan kelapan berturut-turut dalam karier UFC selepas mengetepikan John Phillips dalam middleweight awal bulan ini.

Malah White percaya atlet itu belum mempamerkan aksi terbaiknya.

Katanya : "Dia sukar dijangka, sangat hebat.

"Setiap lelaki yang mahu kekal aktif, mahu kekal bertarung, saya menyukainya.

"Saya hanya menyukainya. Dia adalah lelaki yang mahu bertarung dan tidak peduli siapa lawannya.

"Dia hanya mahu kekal aktif dan pada saya, itu adalah cara lelaki berfikir.

"Dia istimewa. Dia sangat lelaki yang berbakat dan keyakinan sangat tinggi.

"Dia percaya dia adalah antara terbaik di dunia.

Tidak mustahil jika Chimaev mampu perlu lebih jauh dalam sukan itu ketika UFC juga sedang membentuk bintang baharu berikutan persaraan Conor McGregor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 3:17 PM