BINGHAM merasakan bola snuker sudah dinyahcemar menyebabkan permainannya sedikit terganggu. FOTO Agensi
BINGHAM merasakan bola snuker sudah dinyahcemar menyebabkan permainannya sedikit terganggu. FOTO Agensi
AFP

STUART Bingham menyalahkan bola snuker yang kononnya disanitasi sebagai punca dia terpaksa bergelut ketika berdepan pemain kelayakan, Ashley Carty di Kejohanan Dunia awal pagi tadi.

Bekas juara dunia itu, yang mendahului 5-4 pada sesi pembukaan di depan beberapa orang penonton di Sheffield's Crucible Theatre, berjaya mencatat kemenangan 10-7.

Dia menjadi pemain pertama mencatat kemenangan sejak penonton yang datang lambat tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan selepas perubahan berkenaan dilakukan kerajaan untuk menguji acara yang dihadiri peminat.

Jelajah Snuker Dunia menekankan tidak ada protokol tambahan termasuk membersihkan bola.

"Saya berasa kurang senang dengan keadaan meja dan bola. Saya tidak tahu sama ada bola itu disanitasi atau tidak.

"Saya gerakkan bola merah berhampiran bola hijau dan selepas itu ia terlajak melepasi bola biru. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebelum ini. Atau mungkin bola itu sudah disanitisi, jika betul saya harus biasakan diri," kata Bingham.

Sementara itu, Ding Junhui berjaya menghilangkan gemuruh untuk mencatat kemenangan ke atas Mark King 10-9, seterusnya menempah tempat di pusingan kedua berdepan Ronnie O'Sullivan.

Juara dunia tiga kali, Mark Williams mara ke pusingan kedua selepas memenangi enam permainan berturut-turut untuk menumpaskan Alan McManus 10-5.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 2:15 PM