ROSE melutut sebelum Tottenham menentang Watford. FOTO Agensi
ROSE melutut sebelum Tottenham menentang Watford. FOTO Agensi
Agensi

PERTAHANAN England dan Tottenham, Danny Rose percaya dia menjadi sasaran berbaur perkauman oleh polis yang memberhentikan keretanya ketika sedang memandu.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, dia kerap diarah berhenti oleh polis yang bertanyakan pelbagai soalan.

"Setiap kali mereka bertanya, 'Adakah ini kereta curi? Di mana anda dapat kereta ini? Apa yang kamu lakukan di sini? Boleh buktikan anda membeli kereta ini?," katanya kepada media, semalam.

"Ia berlaku sejak saya berusia 18 tahun."

Rose turut berkata, dia mendapat layanan berbeza ketika menaiki pengangkutan awam apabila petugas memintanya tiket kelas pertama manakala penumpang berkulit putih tidak diarah berbuat demikian.

"Ini perkara perlu saya hadapi, kerap ditahan polis dan ditanya adakah saya tahu ini tiket kelas pertama ketika saya diminta menunjukkan tiket kepada petugas," katanya.

"Setiap kali saya buat laporan, hanya sia-sia sahaja. Saya hampir putus asa dan berharap adanya perubahan dalam isu ini."

Rose yang menjadi ejeken berbaur perkauman oleh penyokong Montenegro ketika aksi kelayakan Euro 2020 pada Mac 2019 berkata bola sepak Inggeris tidak serius dalam membanteras perkara negatif itu dan kurang berkesan dalam menanganinya pada masa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 11:52 PM