Rafael Nadal. FOTO AFP
Rafael Nadal. FOTO AFP
AFP

JUARA bertahan, Rafael Nadal berkata dia tidak akan beraksi di Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang dengan penularan Covid-19 selain membidas jadual tenis yang dianggapnya 'kejam'.

"Selepas membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk tidak bermain pada Terbuka AS," kata Nadal menerusi Twitter.

"Situasi di seluruh dunia agak rumit dengan kes Covid-19 terus meningkat. Ia menunjukkan kita masih tidak dapat mengawal penularannya,".

"Ini adalah antara keputusan saya tidak mahu lakukan tetapi saya sudah memutuskan untuk mengikut gerak hati kali ini dan buat masa ini saya rela tidak melakukan perjalanan."

Bintang Sepanyol berusia 34 tahun itu turut mensasarkan jadual tenis antarabangsa, yang diubah berikutan terjejas teruk kerana Covid-19.

Terbuka AS di New York dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos hingga 13 September, disusuli beberapa hari kemudian Terbuka Perancis di Roland Garros.

"Kita tahu mengurangkan jadual kalendar tenis tahun ini sebagai kejam selepas empat bulan dihentikan tanpa sebarang perlawanan...," kata Nadal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 9:51 AM