Alexis Sanchez pernah beraksi bersama United. FOTO Agensi.
Alexis Sanchez pernah beraksi bersama United. FOTO Agensi.
AFP

JURULATIH Manchester United, Ola Gunnar Solskjaer mengesahkan perpindahan Alexis Sanchez ke Inter Milan adalah berstatus tetap.

Sanchez, 31, yang juga pemain tengah Chile menyertai Inter pada Ogos tahun lalu selepas satu setengah musim berada di Old Trafford dan mempunyai rekod 31 penampilan bersama kelab dari Itali itu.

"Saya boleh mengesahkan yang Alexis akan menjadi pemain Inter secara sah pada hari ini," kata Solskjaer kepada stesen penyiaran BT Sport.

"Alexis mempunyai masa yang baik di sini, dia seorang pemain yang baik, jadi kita harapkan yang terbaik untuknya." tambahnya.

Jurulatih Inter, Antonio Conte memuji impak kehadiran Sanchez sekalipun terlepas aksi lebih dua bulan pada awal saingan musim ini kerana mengalami kecederaan kaki.

"Saya fikir perpindahan Alexis Sanchez adalah antara terbaik yang dilakukan kelab ini. Dengan mengambil pertimbangan kami berjaya mendapatkan Alexis, ia adalah perpindahan yang bagus," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Sksekutif Inter, Beppe Marotta berkata, Sanchez sudah menandatangani kontrak tiga tahun di San Siro.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 8:44 AM