Pelumba Belanda, Fabio Jakobsen kritikal selepas terbabit kemalangan di Poland. FOTO AFP
Pelumba Belanda, Fabio Jakobsen kritikal selepas terbabit kemalangan di Poland. FOTO AFP
AFP

PELUMBA Belanda, Fabio Jakobsen berada dalam keadaan kritikal selepas tercampak dan merempuh menghadang keselamatan dengan kelajuan 80 kilometer per jam ketika ke menuju garisan penamat pada peringkat pembukaan, Jelajah Poland.

Rakaman video menunjukkan Jakobsen, 23, yang mewakili Deceuninck-Quick Step sedang bersaing sengit dengan rakan senegara dari Belanda, Dylan Groenewegen mewakili Jumbo-Visma ketika kedua-duanya menghimpit antara satu sama lain dan melakukan pecutan menuju ke garisan penamat di Katowice.

Bagaimanapun, Jakobsen tercampak lalu bertembung dengan jurugambar selepas Groenewegen menghimpitnya ke kanan laluan sehingga menyebabkannya melanggar pagar keselamatan.

"Keadaannya sangat serius. Nyawanya terancam," kata doktor jelajah itu, Barbara Jerschina kepada Polsat Sport.

"Dia mengalami kecederaan serius di kepala dan otak. Dia kehilangan banyak darah. Dia sangat kuat. Saya harap dia akan selamat."

Badan induk sukan itu, UCI mengutuk "tindakan bahaya" Groenewegen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 11:52 AM