Lionel Messi. FOTO AFP
Lionel Messi. FOTO AFP
Agensi

LIONEL Messi dijangka bersara sebagai pemain Barcelona dalam tempoh "tiga atau empat tahun lagi", menurut presiden kelab itu, Josep Maria Bartomeu.

Messi yang juga pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali, mempunyai kontrak di Nou Camp sehingga penghujung musim 2020-21.

Namun Bartomeu bulan lalu berkata dia menjangkakan penyerang itu akan menandatangani kontrak lanjutan.

Pemain berusia 33 tahun itu, dikaitkan akan kembali menyertai Newell's Old Boys sebelum mengambil keputusan untuk bersara.

Bagaimanapun, Bartomeu tidak berasa ragu-ragu kepada penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Barca itu dan menyatakan Messi akan bersara bersama gergasi Sepanyol itu, sekurang-kurangnya pada 2023.

"Bukan hanya saya mengatakannya, Messi sendiri yang berkata, dia mahu menamatkan karier profesionalnya di Barcelona dan ia adalah satu-satunya kelab untuknya," kata Bartomeu.

"Saya tidak berasa ragu-ragu apabila dia berhenti bermain bola sepak dalam tempoh tiga atau empat lagi, ia akan berakhir di Barcelona.

"Messi bersama pasukan sejak kecil lagi. Dia mengetahui warna pasukan dan sebahagian daripada sejarah kelab ini.

"Dia seorang pemain terbaik dunia. Bukan hanya sekarang, malah dalam sejarah bola sepak. Dia bersama Barcelona dan menjelaskan mahu kekal di sini."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 1:44 PM