SANCHEZ (kanan) akhirnya menjadi milik Inter secara tetap. FOTO AFP
SANCHEZ (kanan) akhirnya menjadi milik Inter secara tetap. FOTO AFP
AFP

PENYERANG Manchester United kelahiran Chile, Alexis Sanchez sah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Inter Milan, selepas kelab Itali itu mengumumkan hari ini.

"Alexis Sanchez sudah menyertai Nerazzurri dengan perpindahan percuma," jelas kelab Serie A itu dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang dipinjamkan dari United musim ini, menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 6:22 PM