KRYGIOS (kiri), Nadal mengambil keputusan tidak beraksi di Terbuka AS. FOTO Agensi
KRYGIOS (kiri), Nadal mengambil keputusan tidak beraksi di Terbuka AS. FOTO Agensi
Agensi

PEMINAT tenis sudah pasti merindui aksi Rafael Nadal dan Nick Kyrgios di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini namun hasil carian di internet mereka sudah menemui pengganti yang sesuai untuk kedua-dua individu berkenaan.

Satu video yang tular di media sosial menyaksikan dua pemain kanak-kanak meniru tingkah laku Nadal dan Krygios dengan sempurna ketika berada di gelanggang.

Video berkenaan dimuatnaik oleh Amazon Prime Video Sports di Twitter.

Terbaru Kyrgios dan penyandang juara, Nadal menarik diri Terbuka AS dengan alasan bimbang terhadap wabak Covid-19.

"Saya tahu ramai pemain akan beraksi di sana, tapi saya tidak rasa Terbuka AS gembira melihat ramai nama besar dalam sukan ini yang tidak meletakkan faktor kesihatan sebagai keutamaan dan mereka ke sana dan bermain seperti biasa.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan Rafa kerana dia lebih memikirkan Terbuka Perancis," kata Kyrgios.

Terbuka Perancis yang sepatutnya diadakan pada hujung Mei diubah kepada tarikh 27 September hingga 11 Oktober, manakala Terbuka AS pula dijadualkan bermula 31 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 9:27 PM