JENTERA Racing Point mengelirukan pasukan Renault. FOTO Agensi
JENTERA Racing Point mengelirukan pasukan Renault. FOTO Agensi
AFP

PASUKAN Formula Satu (F1), Racing Point akhirnya dikenakan hukuman dipotong sebanyak 15 mata selepas mendapat bantahan daripada seteru, Renault.

Renault tidak berpuas hati dengan jentera Racing Point yang dikatakan mempunyai elemen seperti kereta juara dunia 2019, Mercedes.

Racing Pont akan kehilangan 7.5 mata daripada dua jenteranya yang beraksi dalam perlumbaan musim 2020.

Ini bermakna menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70 di Silverstong, Renault akan melonjak ke tempat kelima kedudukan keseluruhan kategori pengeluar dengan 32 mata dan Racing Point tergelincir ke tempat keenam (27 mata).

Racing Point, yang dimiliki jutawan Kanada, Lawrence Stroll dan menggunakan enjin Mercedes, juga didenda sebanyak €200,000 (RM992,000) bagi setiap jentera.

Bagaimanapun, Racing Point masih lagi merayu di atas hukuman yang dikenakan terhadap mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 9:55 PM