JAKOBSEN mengalami kemalangan ngeri sehingga terpaksa melakukan pembedahan selama lima jam. FOTO Agensi
JAKOBSEN mengalami kemalangan ngeri sehingga terpaksa melakukan pembedahan selama lima jam. FOTO Agensi
AFP

PELUMBA berbasikal Belanda, Fabio Jakobsen sedar dari koma selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jelajahg Poland dan sekarang ini berada dalam keadaan 'baik', jelas penganjur perlumbaan.

"Kami mempunyai berita baik dari hospital di Sosnowiec! @FabioJakobsen sudah sedar dari koma. Keadaannya sangat 'baik'," kata Jelajah Poland dalam Twitter.

Hospital yang menempatkan pelumba sedang meningkat naik berusia 23 tahun itu di selatan Poland juga akan memberi perkembangan terkini selepas Jacobsen mengalami kecederaan di bahagian muka.

Jakobsen, 23, tercampak ke arah penghadang jalan ketika kelajuan 80 kilometer per jam apabila dia disiku rakan senegara, Dylan Groenewegen pada aksi sengit menuju garisan penamat.

Groenewegen menghimpit ke sebelah kanan menyebabkan Jakobsen melanggar penghadang jalan, melambung sebelum merempuh pegawai perlumbaan.

Kemenangan Groenewegen dalam perlumbaan itu dibatalkan dan Jacobsen disahkan sebagai juara.

Jakobsen bertarung dengan nyawanya dan melalui pembedahan yang memakan masa selama lima jam selepas insiden berkenaan.

Timbalan Ketua Hospital, Pawel Gruenpeter, keadaan Jacobsen semakin baik namun masih lagi serius tapi stabil sebelum dia disedarkan dari koma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 11:33 PM