QUARTARARO berjaya menunjukkan peningkatan di saat akhir sesi latihan bebas di Czech. FOTO AFP
QUARTARARO berjaya menunjukkan peningkatan di saat akhir sesi latihan bebas di Czech. FOTO AFP
AFP

PENDAHULU keseluruhan, Fabio Quartararo berjaya bangkit dari kekecewaan untuk mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas dalam saingan MotoGP di Republik Czech.

Pelumba Perancis, yang memenangi kedua-dua perlumbaan musim ini bersama Petronas Yamaha SRT, mencatat masa terpantas di saat akhir pada sesi kedua sesi latihan.

Sebelum ini dia agak bergelut ketika di dalam litar berikutan jentera kurang cengkaman dan tidak menyembunyikan kekecewaannya di awal sesi.

Masa yang dicatatkan 0.007 lebih pantas berbanding rakan sepasukan dari Itali, Franco Morbidelli.

"Perkara paling positif ialah kami sangat pantas untuk satu pusingan tapi kami perlu bekerja-keras mengenai kepantasan dalam perlumbaan.

"Saya sudah tahu apa masalahnya, jadi kami boleh menumpukan mengenai perkara itu,"

Dua pelumba yang melakukan kejutan dalam sesi berkenaan ialah Miguel Oliveira dari KTM-Tech 3 dan Johann Zarco, Ducati-Avintia, tatkala kedua-duanya mencatat masa ketiga dan keempat terpantas.

Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa di sebelah pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 12:15 AM