SILVA cuba untuk membantu PSG mencapai kejayaan di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
SILVA cuba untuk membantu PSG mencapai kejayaan di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

PENGEMBARAAN selama lapan tahun Thiago Silva sebagai pemain Paris St-Germain bakal berakhir dan pertahanan tengah Brazil itu mempunyai satu lagi misi yang harus diselesaikan tatkala kelab yang dimiliki Qatar bakal berkunjung ke Lisbon bagi mencari kejayaan di Liga Juara-Juara.

Itu adalah di antara yang bermain di fikiran Silva dan PSG, walaupun sudah banyak wang dilaburkan oleh Qatar Sports Investments.

Kekalahan memalukan di tangan Manchester United musim lalu bermakna ia adalah kali ketiga berturut-turut mereka tersingkir di pusingan 16 akhir namun kali ini mereka berjaya mara ke suku akhir sejak 2016 dengan berdepan Atalanta di Lisbon awal pagi Khamis minggu depan.

"Saya sudah menyaksikan segalanya di sini. Kejohanan ini sangat penting, bukan saja kepada pemain tapi juga kelab. Menang adalah salah satu objektif apabila saya datang ke sini," kata Silva, yang kontraknya akan berakhir.

Aksi suku akhir hanya akan berlangsung sekali saja tanpa penonton di ibu negara Portugal itu selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memerah idea untuk mencari format terbaik selepas kejohanan berkenaan terjejas ekoran Covid-19.

PSG mara ke suku akhir selepas mereka bangkit dari kekalahan perlawanan pusingan pertama 1-2 dengan menewaskan Borussia Dortmund 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 7:41 PM