ZARCO memberikan tunggangan mantap pada sesi ujian masa MotoGP Czech. FOTO AFP
ZARCO memberikan tunggangan mantap pada sesi ujian masa MotoGP Czech. FOTO AFP
AFP

JOHANN Zarco melakukan kejutan apabila berjaya meraih petak utama dalam saingan MotoGP Czech selepas 0.303 saat lebih pantas berbanding pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo.

Pelumba Ducati-Avintia itu mengetepikan rakan senegaranya yang sebelum ini meraih kejuaraan dalam dua perlumbaan pembukaan selepas berjaya membantu Petronas Yamaha SRT memenangi petak utama.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga, manakala juara dunia tujuh kali meraih petak ke-10 dan Andrea Dovizioso di petak ke-18.

Penyandang juara, Marc Marquez masih belum dapat beraksi apabila bergelut dengan masalah kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan sulung.

Zarco, 30, yang meninggalkan KTM pada pertengahan musim lalu akibat keputusan kurang cemerlang, berjaya merangkul petak utama MotoGP buat kali keenam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 10:08 PM