SEORANG kakitangan sebuah pasukan memakai pelitup muka ketika menaiki motosikal di kawasan paddock. FOTO AFP
SEORANG kakitangan sebuah pasukan memakai pelitup muka ketika menaiki motosikal di kawasan paddock. FOTO AFP
AFP

MOTOGP merekodkan kes pertama koronavirus yang dikesan di paddock di Grand Prix Republik Czech di Brno, umum penganjur hari ini.

Kes positif itu membabitkan kakitangan Dorna Sports, promoter bagi penganjuran perlumbaan berprestij itu.

"Selepas lebih 5,500 ujian dijalankan kepada semua individu di paddock sebelum kehadiran mereka ke GP Sepanyol, Andalusia dan Czech, seorang individu di paddock didapati positif Covid-19," kata penganjur dalam satu kenyataan.

"Keputusan itu diperolehi ketika ujian dijalankan menjelang GP Austria 16 Ogos depan. Individu berkenaan adalah anggota pasukan Dorna Sports dan tidak mempunyai sebarang simptom."

Individu berkenaan ketika ini menjalani proses kuarantin di sebuah hotel.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, keputusan diambil untuk menguji sekali lagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan hasilnya semua keputusan adalah negatif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 10:39 AM