ROGER Federer. FOTO Agensi
ROGER Federer. FOTO Agensi
Agensi

LEGENDA tenis Australia, Rod Laver mengucapkan selamat hari jadi ke-39 buat Roger Federer dengan harapan bintang Switzerland itu akan kembali ke gelanggang tahun hadapan dan menjuarai sekurang-kurangnya satu lagi gelaran Grand Slam.

Laver berkata, dia mempunyai hubungan baik dengan juara Grand Slam 20 kali itu dan mereka berdua saling menghormati di antara satu sama lain.

"Selamat kembali dengan [email protected]. Kami rindukan tenis dan kamu di luar sana yang mewarnai sukan ini. Selamat nikmati hari indah bersama keluarga," kata Laver dalam Twitternya.

"Saya harap dapat menyertai sambutan hari jadi anda tahun depan dan anda dapat julang sekurang-kurangnya satu lagi gelaran GS!" Federer yang berusia 39 tahun kini dalam proses pemulihan pembedahan lutut menyasarkan penyertaan pada Terbuka Australia.

Pada awal tahun ini, pemain veteran itu mara ke separuh akhir Terbuka Australia namun tewas kepada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dengan straight set selepas ditimpa kecederaan pangkal paha.

Walaupun sudah berusia, Federer tetap menyintai sukan itu. Baru-baru ini, jurulatihnya, Severin Luthi menjelaskan betapa Federer masih berminat bertanding dan proses pemulihannya berjalan lancar dengan sasaran utama bersedia untuk musim 2021.

"Roger okay. Sangat bagus. Dia melakukan fisio dan mula menjalani latihan fizikal. Dia akan kembali pada 2021 dengan Terbuka Australia menjadi sasaran utama."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 10:15 PM