Morata (kanan) dan Pirlo pernah beraksi di Juventus. FOTO GettyImages
Morata (kanan) dan Pirlo pernah beraksi di Juventus. FOTO GettyImages
Agensi

ANDREA Pirlo mahu membawa Alvaro Morata ke Juventus dalam penampilan sensasi ke Turin bagi penyerang Sepanyol itu.

Susulan pertukaran pelantikan sebagai pengurus Juventus minggu lalu, Pirlo sudahpun mensasarkan apa yang dimahukan untuk berjaya dalam tugas pertama sebagai jurulatih pasukan utama.

Tatkala Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala menyerlah buat Juventus ketika di bawah kendalian Maurizio Sarri di Stadium Allianz, Pirlo pula sedang mempertimbangkan berkerja sama dengan penyerang asli dalam pasukannya dan Morata dilihat calon paling sesuai menurut SportItalia.

Pirlo dan Morata beraksi dalam satu pasukan ketika Juventus mencatat kejayaan berganda pada kempen 2014-15, di mana mereka turut muncul naib juara selepas tewas kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara.

Morata meninggalkan impak positif kepada Pilro sebelum legenda Itali itu menyertai MLS pada 2015 dan mengakhiri karier pemain profesional bersama New York City FC.

Ketika Gonzalo Higuain ditakdirkan memilih jalan keluar dan Dybala dijangka lebih banyak beraksi di bahagian sayap pada kempen akan datang. Pirlo dilihat hanya akan bergantung sepenuhnya kepada Ronaldo dalam musim yang panjang dan kejam.

Bagaimanapun, Atletico dijangka hanya menerima tawaran tinggi buat pemain berusia 27 tahun itu sebagai ganti pelaburan £58 juta (RM318.6 juta) yang dibayar kepada Chelsea pada musim panas yang lalu.

Gergasi Sepanyol itu turut dilaporkan enggan menerima sebarang perjanjian pertukaran membabitkan penyerang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 10:43 PM