Pemain KF Drita dikuarantin selepas pemainnya positif Covid-19. FOTO Agensi
Pemain KF Drita dikuarantin selepas pemainnya positif Covid-19. FOTO Agensi
Agensi

UEFA mengesahkan perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara membabitkan Linfield dan KF Drita dibatalkan kerana Covid-19.

Perlawanan membabitkan kelab dari Ireland Utara dan wakil Kosovo dijadualkan berlangsung di Nyon, Switzerland pada hari ini.

Keputusan itu di ambil selepas pemain Drita didapati positif semalam.

Semua skuad Drita didapati negatif ketika tiba di Switzerland.

"Semua pemain dikuarantin. Ujian positif kedua membabitkan pemain yang mempunyai kontak dengan pemain lain dari kumpulan itu sejak beberapa hari membuatkan pihak berkuasa Swiss mengkuarantin pasukan Kosovo itu.

"Sepatutnya, perlawanan akan datang tidak boleh dilangsungkan.

Drita mungkin disingkirkan daripada kejohanan itu sementara Linfield berpotensi untuk mara ke pusingan seterusnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 1:03 AM