AFP

MACCLESFIELD tersingkir daripada Liga Dua selepas dipotong enam mata atas kesalahan kewangan.

Pada Jun lalu, suruhanjaya disiplin bebas mengarahkan Macclesfield dipotong dua mata dan denda £20,000 (RM109,506) selepas kelab didapati bersalah dalam urusan pembayaran gaji pemain pada Mac 2020.

Liga Bolasepak Inggeris kemudiannya membuat rayuan dengan kemungkinan Macclesfield berdepan hukuman penambahan pemotongan mata yang memaksa mereka terperosok di dasar Liga Dua dengan Stevenage bakal mengambil alih tempat kelab itu.

Semalam, Panel Arbitrasi mengesahkan hukuman pemotongan dua mata kekal dan dengan tambahan potongan empat mata lagi.

Perubahan itu menyaksikan jumlah mata keseluruhan Macclesfield bagi setiap perlawanan 23.62, bermakna mereka menamatkan musim ini di tangga ke-24 dan tersingkir ke Liga Nasional.

Liga Dua musim ini terhenti pada Jun lalu susulan pandemik koronavirus dengan hanya aksi playoff berlangsung selepas perintah berkurung dilonggarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 8:41 AM