X
CARAPAZ bersedia memberi kayuhan terbaik di Lombardy. FOTO Agensi
CARAPAZ bersedia memberi kayuhan terbaik di Lombardy. FOTO Agensi
AFP

JUARA Giro d'Italia, Richard Carapaz kembali ke Itali esok untuk perlumbaan klasik Jelajah Lombardy, di mana dia akan bersaing dengan penyandang juara, Bauke Mollema dan juara dua kali, Vicenzo Nibali.

Perlumbaan sehari 'Giro di Lombardia' di utara Itali itu dikenali sebagai perlumbaan musim luruh kerana secara tradisinya diadakan pada hujung Oktober.

Bagaimanapun, perlumbaan 'Monument' itu adalah salah satu daripada saingan yang terkesan dengan perubahan kalendar akibat Covid-19.

Ia tidak dapat untuk mengumpul sebanyak mungkin pakar pendakian, yang terpaksa membuat pilihan sama ada perlu beraksi di Criterium de Dauphine sebelum saingan Tour de France hujung bulan ini.

Bagaimanapun, ia tetap menampilkan pelumba berkualiti termasuk Carapaz dari Ecuador, yang sekarang ini beraksi bersama Team Ineos dan mempersiapkan diri untuk mempertahankan kejuaraan Giro d'Italia Oktober depan.

Pelumba berusia 27 tahun berkenaan sudah memanaskan badan minggu lalu di Jelajah Poland di mana menyaksikan dia menarik diri sebelum peringkat terakhir, selepas terbabit dalam kemalangan sehari sebelum itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 3:00 PM