Umtiti (kiri) cuma menghalang pemain Real Madrid, Kareem Benzema pada aksi La Liga. FOTO AFP
Umtiti (kiri) cuma menghalang pemain Real Madrid, Kareem Benzema pada aksi La Liga. FOTO AFP
AFP

PERTAHANAN Barcelona, Samuel Umtiti didapati positif Covid-19, umum kelab itu hari ini.

"Selepas ujian PCR dikeluarkan semalam pemain dalam skuad utama Samuel Umtiti didapati positif Covid-19. Pemain berkenaan tidak mempunyai sebarang simptom, dia berada dalam keadaan sihat dan diasingkan di rumah," menurut kenyataan kelab itu.

"Pihak kelab sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan sukan dan kesihatan termasuk mengesan semua orang yang mempunyai kontak rapat dengan pemain itu supaya menjalani ujian PCR yang ditetapkan."

Umtiti tidak melakukan perjalanan di mana-mana termasuk Lisbon berikutan cedera, ketika Barcelona berdepan Bayern Munich pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara.

Dia dikesan mengalami wabak pandemik itu selepas pemain skuad muda Barca, Jean-Clair Todibo turut didapati positif pada Rabu lalu.

Ia susulan beberapa keputusan positif pandemik itu membabitkan kelab Sepanyol sejak beberapa minggu lalu selepas Real Madrid, Atletico Madrid, Sevilla, Valencia dan Athletic Bilbao antara kelab yang dilaporkan kes terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 11:09 AM