VINALES raih petak pertama GP Austria. FOTO AFP
VINALES raih petak pertama GP Austria. FOTO AFP
AFP

PELUMBA Yamaha, Maverick Vinales meraih petak pertama pada perlumbaan Grand Prix Austria selepas mendominasi sesi kelayakan hari ini.

Vinales yang menduduki tangga kedua kelas MotoGP menjelang perlumbaan pusingan keempat musim ini, mencatat masa terpantas satu minit 23.450 saat, hanya 0.068s mengatasi pelumba Ducati-Pramac, Jack Miller di tempat kedua.

Pelumba Yamaha-SRT yang juga pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo pula menyambar petak ketiga.

Vinales memuji jenteranya yang lebih kompetitif minggu ini selepas dia turut mempamer tunggangan meyakinkan pada sesi latihan bebas.

"Saya sangat gembira kerana objektif utama adalah untuk menduduki kelompok paling depan.

"Tetapi tiba-tiba saya berasakan prestasi jentera sangat baik dan pasukan melakukan tugas dengan cemerlang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 10:31 PM