ROSSI (kanan) dilihat hampir-hampir melanggar jentera Morbidelli. FOTO Agensi
ROSSI (kanan) dilihat hampir-hampir melanggar jentera Morbidelli. FOTO Agensi
Agensi

PELUMBA veteran dan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi harus bersyukur kerana terlepas daripada insiden kemalangan yang mungkin akan meragut nyawanya pada Grand Prix (GP) Austria.

Insiden bermula selepas membabitkan kemalangan antara pelumba Petronas Yamaha, Franco Morbidelli dan Johann Zarco.

Jentera kedua-dua pelumba itu berlanggar di satu sudut selekoh sebelum jentera milik Morbidelli melambung tinggi ke tengah litar dan hampir menghentam Rossi.

Rossi bernasib baik kerana jentera itu hanya beberapa sentimeter melambung di depannya ketika dia melintasi insiden itu.

Pengulas perlumbaan itu juga bersyukur kerana insiden berkenaan tidak menimpa Rossi.

"Saya tidak percaya Valentino Rossi berada di situ. Terima kasih..terima kasih, jentera itu hampir melanggarnya.

Seorang lagi pengulas berkata: "Tiada apa yang boleh Rossi lakukan ketika itu. Dia sangat bernasib baik."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 11:07 PM