Penunggang pasukan Monster Energy Yamaha dari Itali, Valentino Rossi ketika memecut pada perlumbaan di GP Austria. FOTO AFP
Penunggang pasukan Monster Energy Yamaha dari Itali, Valentino Rossi ketika memecut pada perlumbaan di GP Austria. FOTO AFP
AFP

BINTANG sukan permotoran dunia, Valentino Rossi berkata jentera lawan yang memecut pada sekitar 300 kilometer sejam hampir "membunuh saya" pada kemalangan di Grand Prix Austria, malam tadi.

Penunggang dari Itali berusia 41 tahun itu yang juga juara dunia sembilan kali, tergamam apabila jentera Yamaha Franco Morbidelli melambung melintasi litar dan hanya beberapa sentimeter diatasnya.

Morbidelli dan penunggang Ducati, Johann Zarco berlanggar hanya beberapa saat sebelum pelumba mengambil selekoh di Spielberg pada pusingan kelapan.

"Jentera Morbidelli hampir membunuh saya," kata Rossi.

"Jentera Ducati Zarco juga melintas hanya beberapa meter di depan saya, ia saat yang bahaya."

Rossi bernasib baik kerana berjaya mengawal dirinya dan selepas perlumbaan bersambung dia berjaya meraih kedudukan kelima.

"Saya sangat takut. Saya menggigil, menyambung semula perlumbaan adalah sukar. Saya mengambil risiko terbesar dalam karier saya," kata Rossi kepada Sky Italia.

"Saya melihat bayang-bayang itu, saya sangkakan helikopter dari atas, kadang kala ia berlaku ketika perlumbaan apabila helikopter melintas di hadapan sehingga menyebabkan bayang-bayang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 9:10 AM