Fabio Jakobsen. FOTO Agensi
Fabio Jakobsen. FOTO Agensi
AFP

PELUMBA Belanda, Fabio Jakobsen mengakui dia 'bersyukur' kerana masih hidup selepas kemalangan yang hampir membunuhnya pada Jelajah Poland awal bulan ini.

Pelumba Deceuninck-Quick Step yang berusia 23 tahun itu terpaksa bertarung nyawa dengan kecederaan di beberapa bahagian muka dalam kemalangan ngeri pada peringkat pembukaan pada 5 Ogos lalu.

Dia berada dalam keadaan koma dan menjalani pembedahan selama lima jam sebelum kembali menunjukkan perkembang baik dua hari kemudian.

"Doktor dan jururawat kecemasan di garisan penamat dekat Katowice menyelamatkan nyawa saya, di mana saya sangat berterima kasih diatas usaha mereka," katanya.

"Saya meluangkan masa seminggu di Unit Rawatan Rapi dekat Hospital St Barbara, Sosnowiec. Di sini mereka segera melakukan pembedahan ke atas saya selama lima jam dan memberi peluang kepada saya untuk hidup. Saya amat berterima kasih kepada semua pekerja di hospital ini.

"Ia sangat sukar, detik gelap bagi saya ketika di ICU, di mana saya bimbing tidak dapat diselamatkan."

Keadaan Jakobsen makin pulih dengan baik sehingga membolehkannya pulang ke rumahnya di Belanda minggu lepas tetapi masih memerlukan pemantauan dan menjalani pemulihan seterusnya.

"Ketika ini saya di rumah," tambahnya. "Di mana luka di muka dan kecederaan saya semakin beransur pulih."

"Tambah pula, saya perlu lebih banyak berehat pada bulan berikutnya kerana mengalami gegaran otak yang teruk.

Dia memberitahu : "Saya mahu memberitahu semua orang bahawa saya sangat bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.

"Semua pesanan dan sokongan memberikan kekuatan luar biasa kepada saya. Peringkat demi peringkat secara perlahan saya boleh membuat perancangan untuk masa depan dan saya akan berjuang untuk sembuh."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2020 @ 9:40 AM