DUA atau tiga bulan tempoh rehat yang perlu dilalui oleh Marquez selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan. FOTO Agensi
DUA atau tiga bulan tempoh rehat yang perlu dilalui oleh Marquez selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan. FOTO Agensi
AFP

PENYANDANG juara MotoGP, Marc Marquez terpaksa berehat untuk tempoh dua atau tiga bulan selepas mengalami keretakan di bahagian tangan kanan ketika aksi pembukaan musim Julai lalu.

Perkara itu disahkan pasukannya, Honda melalui satu kenyataan hari ini.

"Objektif buat kedua-dua Marquez dan Repsol Honda adalah untuk kembali ke saingan Juara Dunia itupun selepas tangan Marc betul-betul sembuh," jelas pasukan berkenaan dalam satu kenyataan.

Marquez, 27, berjaya meraih kejuaraan keseluruhan MotoGP sebanyak enam kali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 12:06 AM