Jurulatih England Gareth Southgate. FOTO Agensi
Jurulatih England Gareth Southgate. FOTO Agensi
Agensi

SEORANG bintang England dan dua lagi pemain Liga Perdana didapati positif Covid-19 selepas bercuti di sebuah pulau dekat Greece.

Kelab Liga Perdana dan bos skuad kebangsaan, Gareth   Southgate kini bimbang mengenai krisis Covid-19 ketika pemain kembali selepas rehat musim panas.   

Pulau Aegean dekat Mykonos menjadi tumpuan apabila pertahanan Manchester United dan England, Harry Maguire ditahan kerana bergaduh Khamis lalu.

SunSport mendedahkan seorang tonggak Three Lions dan dua pemain Sheffield United didapati positif ketika mereka kembali untuk berlatih selepas kunjungan ke Greece.

Southgate sudahpun pening dengan berita penahanan Maguire.

Malah berita seorang lagi pemain yang tidak didedahkan namanya - kini menjalani tempoh pengasingan menambah masalah kepadanya.

Southgate dijangka akan menamakan pemain itu dalam skuadnya pada Selasa ini bagi saingan Liga Negara menentang Iceland dan Denmark pada 5 dan 8 September ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 10:17 AM