OLYMPIA FIELDS, ILLINOIS - AUGUST 30: Jon Rahm of Spain celebrates with the BMW trophy after winning on the first sudden-death playoff hole against Dustin Johnson (not pictured) during the final round of the BMW Championship on the North Course at Olympia Fields Country Club on August 30, 2020 in Olympia Fields, Illinois.   Stacy Revere/Getty Images/AFP== FOR NEWSPAPERS, INTERNET, TELCOS & TELEVISION USE ONLY ==

AFP

JON Rahm berjaya melakukan pukul putt sejauh 18 meter untuk membenam birdie pada lubang pertama playoff bagi muncul juara Kejohanan BMW Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) sekali gus berjaya mengetepikan pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson.

Pemain dari Sepanyol yang menduduki ranking kedua dunia di belakang Johnson, melakukan pukulan yang sedikit tersasar ke sebelah kanan pada lubang playoff pertama di Olympia Fields berhampiran Chicago.

Pukulan keduanya menyaksikan bola kembali ke 'green', dengan sangkaan bahawa dia perlu melakukan dua pukulan putt untuk menyamai par.

"Saya tidak pernah terfikir akan melakukan pukulan putt yang cemerlang sejauh 18 meter, sekali gus membolehkan saya mencatat kemenangan," kata Rahm.

Pukulan awal Johnson juga sedikit tersasar namun ia terkena pokok untuk kembali ke 'fairway'.

Pemain Amerika Syarikat itu berjaya meletakkan bola betul-betul di tengah 'green' namun selepas birdie luar biasa Rahm, usaha Johnson untuk turut membenam birdie tidak kesampaian apabila bola terhenti berdekatan dengan lubang.

Johnson sebelum itu berjaya melakukan birdie sejauh 13 meter di lubang yang sama (ke-18) untuk mengheret aksi ke playoff, selepas dia dan Rahm masing-masing melakukan empat di bawah par 276.

Rahm berjaya melonjak ke tangga teratas selepas membenam enam birdie dan melakukan enam di bawah par 64 pada hari terakhir.

Johnson pula memburu gelaran kedua berturut-turut dan ke-23, selepas memulakan aksi dengan berkongsi kedudukan pendahulu bersama Hideki Matsuyama dan Rahm.

Dia berjaya melakukan tiga birdie pada empat lubang pertama namun bogey di lubang kelapan dan 10 menyebabkan dia ketinggalan sebelum kembali bangkit di lubang ke-15 dan 18 untuk mencatat tiga di bawah 67.

Meraih kedudukan kedua bersendirian membolehkan Johnson masih kekal dengan takhta pemain nombor satu dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 1:25 PM