MCILROY muncul juara WGC-HSBC Champions tahun lalu. FOTO Ihsan PGA TOUR
MCILROY muncul juara WGC-HSBC Champions tahun lalu. FOTO Ihsan PGA TOUR
AFP

KEJOHANAN Golf Dunia (WGC) - HSBC Champions di Shanghai bulan depan, yang menyaksikan Rory Mcilroy muncul juara, dibatalkan berikutan pandemik Covid-19, jelas penganjur.

Kejohanan itu, yang tahun lalu menawarkan hadiah keseluruhan paling tinggi berbanding mana-mana kejohanan di luar Amerika Syarikat (AS), atau kejuaraan utama iaitu $10.25 juta (RM42 juta), juga mendapat pengiktirafan bersama PGA AS, Jelajah Eropah dan Jelajah Asia.

Ia sepatutnya dijadualkan berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November di Sheshan International Golf Club dan kejohanan terakhir untuk Jelajah PGA.

Bagaimanapun tiga kejohanan, yang menjadi tumpuan untuk kalendar golf Asia, terpaksa dibatalkan di benua ini selepas pandemik Covid-19 dengan saingan Piala CJ Korea Selatan dan Kejohanan Zozo Jepun dipindahkan ke lapangan di AS.

Kesemua kejohanan sukan antarabangsa di China terpaksa dibatalkan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini kerana pandemik berkenaan.

"Kami bekerja dengan rapat bersama semua jelajah, pegawai pertandingan antarabangsa, Persatuan Golf China dan beberapa pihak lain untuk mencari penyelesaian bagi menjadi tuan rumah kepada WGC - HSBC Champions

"Berlandaskan peraturan kerajaan China dan melihat kepada implikasi logistik, kami sebulat suara membuat keputusan yang sukar untuk membatalkan kejohanan 2020," Naib Presiden Operasi Antarabangsa Jelajah PGA, Ty Votaw.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 3:35 PM