X
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton (depan) dijangka meneruskan penguasaan di GP Itali. FOTO AFP
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton (depan) dijangka meneruskan penguasaan di GP Itali. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton dijangka melakar lebih banyak rekod dan terus mengecewakan pencabarnya apabila bertarung untuk memenangi Grand Prix Itali buat Mercedes hujung minggu ini.

Pendahulu kejuaraan dan juara dunia enam kali, Hamilton memenangi lima daripada tujuh perlumbaan tahun ini.

Pelumba Britain itu hanya kurang dua mata untuk menyamai rekod 91 kemenangan Formula Satu (F1) milik Michael Schumacher selepas kemenangan di Grand Prix Belgium minggu lalu.

Ketika seteru utama Ferrari berdepan pelbagai kemelut menghadirkan saingan bagi mengelakkan daripada dimalukan di laman sendiri selepas aksi mengecewakan di Belgium.

Ramalan menjangkakan Ferrari bakal mencatat pencapaian paling buruk di Monza dalam tempoh 70 tahun.

Monza cukup terkenal dengan 'kelajuan' di mana kekuatan dan kelajuan garis lurus biasanya menjadi penentu litar berkenaan.

Mempamerkan pencapaian terbaik tahun ini, Hamilton dijangka menjadi pelumba pilihan untuk mengungguli kejuaraan namun bakal berdepan saingan sengit dari rakan sepasukan di Mercedes, Valtteri Bottas.

Tidak kurang juga saingan dari pelumba Red Bull, Max Verstappen yang turut berada dalam senarai pemenang kejuaraan musim ini.

"Tahun ini, saya terpaksa melakukan beberapa perubahan dan dengan kenderaan ini ia kelihatan berjalan lancar.

"Kini saya kembali untuk mempamerkan pusingan kelayakan seperti yang mampu saya lakukan tahun lalu dan kali ini lebih konsisten." kata Hamilton.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 2:09 PM