MLADENOVIC (kanan) dikatakan mempunyai kontak rapat dengan Paire yang disahkan positif Covid-19. FOTO AFP
MLADENOVIC (kanan) dikatakan mempunyai kontak rapat dengan Paire yang disahkan positif Covid-19. FOTO AFP
AFP

TERBUKA Amerika Syarikat (AS) dipalit kontroversi selepas pegawai kesihatan New York mengarahkan pasangan utama beregu wanita dikeluarkan dari kejohanan berikutan berkemungkinan terdedah dengan Covid-19.

Pilihan utama, Kristina Mladenovic dan Timea Babos disingkirkan dari kejohanan selepas Mladenovic diarahkan untuk menjalani kuarantin kerana mempunyai kontak dengan Benoit Paire, yang diuji positif Covid-19 hujung minggu lalu.

"Sesiapa saja yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan pemain yang dijangkiti akan dikuarantin di bilik mereka," kata Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) dalam satu kenyataan.

"Kristina Mladenovic adalah salah seorang daripada individu berkenaan dan sebaik saja aksi beregu wanita sudah bermula, gandingan Mladenovic dan Babos sudah menarik diri dari Terbuka AS.

USTA berkata, pihak kesihatan tempatan sudah mengeluarkan notis kuarantin, di mana ia menghalang pemain pemain daripada bergerak dari hotel mereka ke Pusat Tenis Nasional Billie Jean King.

"USTA wajib mematuhi peraturan yang digariskan oleh kerajaan di peringkat negeri, bandar dan juga pekan," kata badan induk berkenaan.

Keputusan mengejutkan itu hadir selepas pegawai kesihatan cuba untuk menghalang Adrian Mannarino, yang mempunyai kontak dengan Paire, beraksi dalam undian 32 terakhir.

Pegawai dari bahagian negeri, New York menghubungi USTA untuk menyuruh agar Mannarino melakukan kuarantin di hotelnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 12:28 PM