LAPORTE  (kiri)  dan Mahrez  jalani kuarantin. FOTO Agensi
LAPORTE (kiri) dan Mahrez jalani kuarantin. FOTO Agensi
AFP

PEMAIN Manchester City, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte diuji positif koronavirus hanya lima hari sebelum bermula musim baharu Liga Perdana, menurut pengumuman kelab hari ini.

City dalam keyataannya berkata, pertahanan Perancis dan penyerang Algeria, Mahrez kini menjalani kuarantin selaras dengan peraturan Liga Perdana dan kerajaan.

"Kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang gejala,'' kata kenyataan itu.

"Semua orang di kelab mendoakan Riyad dan Aymeric cepat pulih menjelang sesi latihan dan musim baharu.''

Liga Perdana bermula Sabtu ini tetapi Manchester City tidak membuka kempen mereka sehingga 21 September dengan menentang Wolves.

City dan jiran mereka, Manchester United terlepas aksi pembukaan hujung minggu ini bagi membolehkan mereka mendapat lebih masa selepas lewat menamatkan kempen musim 2019/2020 apabila terbabit dengan kejohanan Eropah.

Mahrez dalam Twitternya berkata: "Terima kasih di atas semua mesej yang dihantar, saya baik. Kekal selamat dan jaga diri.''

Laporte pula mengucapkan terima kasih dan menghargai ucapan diberikan dan berkata dia akan kembali tak lama lagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 6:49 PM