Michael Essien menyertai kelab Denmark. FOTO Agensi
Michael Essien menyertai kelab Denmark. FOTO Agensi
Agensi

MICHAEL Essien menyertai kelab Denmark, Nordsjaelland sebagai pemain merangkap jurulatih bagi musim 2020-21.

Pemain berusia 37 tahun itu bersetuju untuk membantu ketua jurulatih Flemming Pedersen bagi kempen akan datang ketika kelab Denmark itu meletakkan sasaran memperbaiki pencapaian lebih baik daripada kedudukan penamat di tangga kelapan musim lalu.

Bekas perancang tengah Ghana dan Chelsea itu, mengintai peluang untuk berkhidmat sebagai jurulatih dengan meluangkan masa bersama pasukan utama dan akademi Right to Dream yang diasaskannya.

Tugas baharunya di kelab itu turut menyaksikan bekas pemain Lyon dan Real Madrid itu bergandingan dengan rakan senegara, Mas-Ud Didi Dramani yang turut berada dalam senarai staf kejurulatihan.

"Saya gembira dapat menyertai sebahagian staf jurulatih FC Nordsjaelland dan ini adalah antara peluang untuk mendalami bidang kejurulatihan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 11:18 PM