AKSI Naomi pada saingan separuh akhir. FOTO AFP
AKSI Naomi pada saingan separuh akhir. FOTO AFP
AFP

PILIHAN keempat, Naomi Osaka menewaskan pilihan ke-28, Jennifer Brady untuk melangkah ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Sensasi Jepun itu yang muncul juara Terbuka AS 2018, mengatasi Jennifer 7-6 (7/1), 3-6, 6-3 pada perlawanan yang berlangsung selama dua jam lapan minit di Stadium Arthur Ashe.

"Saya mencuba segala-galanya. Kami berdua seperti sering bertukar servis," kata Naomi mengenai pertarungan separuh akhir itu.

"Saya berjaya memperbaiki prestasi di set ketiga. Ia mungkin sedikit sebanyak membantu rentak permainan saya," katanya.

Meskipun melalui perlawanan yang sukar, Naomi mengakui lebih selesa beraksi di Terbuka AS.

"New York seperti rumah kedua saya. Saya sangat suka suasana di sini.

"Walaupun kali ini tiada penonton, saya dapat berasakan gelanggang ini sangat sesuai dengan corak permainan saya," katanya.

Naomi kini sudah memenangi kesemua 10 perlawanan terakhirnya.

"Saya hanya mahu sentiasa bersikap positif dan tidak mahu terlalu terbawa-bawa perasaan jika menang atau kalah pada aksi final," katanya.

Naomi akan bertemu Victoria Azarenka pada aksi final selepas pemain bukan pilihan itu menewaskan sensasi tuan rumah, Serena Williams 1-6, 6-3, 6-3 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 11:40 AM