X
SALAH meraikan jaringan keempatnya. FOTO AFP
SALAH meraikan jaringan keempatnya. FOTO AFP
AFP

HATRIK Mohamed Salah menyelamatkan Liverpool daripada aksi pembukaan yang hambar selepas juara Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Leeds 4-3 di Anfield.

Hanya 48 hari selepas berakhir kempen musim lalu, aksi Liga Perdana kembali bersambung dengan Liverpool dilihat mempamer corak permainan terbuka sehingga membolehkan Leeds meledak tiga gol.

Salah menyempurnakan sepakan penalti minit ke-4 selepas sebelum itu tendangannya terkena tangan Robin Koch.

Namun Leeds menyamakan kedudukan minit ke-12 menerusi gerakan cantik Jack Harrison tetapi Virgil van Dijk kembali meletakkan Liverpool di depan lapan minit kemudian selepas menanduk masuk bola berpunca sepakan penjuru Andy Robertson.

Leeds menyamakan kedudukan sekali lagi minit ke-30 sumbangan Patrick Bamford namun Salah berjaya menambah gol tiga minit kemudian menerusi rembatan deras.

Leeds menyamakan kedudukan buat kali ketiga hasil gol Mateusz minit ke-66 sebelum Salah mengesahkan kemenangan Liverpool dengan gol keempat sekali gus hatrik untuknya minit ke-88.

"Leeds sangat istimewa dan mereka membuktikannya pada perlawanan hari ini," kata Klopp yang memuji barisan pemain Bielsa.

"Cara mereka beraksi, bertahan dan melakukan cabaran sangat bagus dan ia konsisten sepanjang perlawanan.

"Saya juga berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kami boleh memperbaikinya lagi pada masa akan datang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 7:51 AM