Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO AFP
Agensi

LEGENDA Arsenal, Ian Wright akan bertemu bapa Pierre-Emerick Aubameyang selepas menegaskan The Gunners perlu memastikan masa depan bintang serangan mereka itu.

Pemain berusia 31 tahun itu bakal tamat kontrak pada penghujung musim ini tetapi Mikel Arteta terdesak untuk melanjutkan kontrak kapten pasukan itu di Emirates.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan Aubameyang bersetuju dengan kontrak barunya sekurang-kurang bernilai £350,000 (RM1.86 juta) seminggu namun dia masih belum menandatangani perjanjian rasmi.

Bintang Gabon yang meledak 71 gol dalam 110 perlawanan buat kelab itu adalah pencetus utama kejayaan Arsenal pada aksi Piala FA dan Perisai Komuniti baru-baru ini.

Malah penyerang itu membuktikan sumbangannya cukup penting bagi kelab Utara London itu dengan menjaringkan salah satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Fulham, Sabtu lalu.

"Dia harus tanda tangan, semudah itu, saya tidak akan berputus asa. (Saya akan membawa kontrak itu kepadanya secara peribadi) jika saya perlu lakukannya!"

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 11:30 PM