Martinez jadi tonggak benteng terakhir Villa. FOTO Agensi
Martinez jadi tonggak benteng terakhir Villa. FOTO Agensi
Agensi

ASTON Villa menandatangani perjanjian bersama penjaga gol, Emiliano Martinez dari Arsenal dengan nilai £17 juta (RM37.32 juta).

Pemain berusia 28 tahun dari Argentina yang melakukan 23 penampilan musim lalu dan beraksi dalam perlawanan final Piala FA ketika membantu Arsenal mencatat kemenangan ke atas Chelsea itu menandatangani kontrak perjanjian selama empat tahun.

Pengurus Villa, Dean Smith berkata Martinez akan menjadi 'tonggak penting buat kelab kami dalam tempoh jangka panjang.'

"Dia sememangnya mempunyai kriteria seorang penjaga gol berkualiti dan masih muda.

"Kami tahu bagaimana tinggi Arsenal menilainya dan kami melihat persembahan menakjubkan musim lalu ketika membantu kelabnya memenangi trofi dalam persaingan membabitkan antara kejuaraan tertinggi."

Dia menjadi pemain ketiga dalam senarai rekrut Villa pada musim panas selepas penyerang, Ollie Watkins menurunkan tanda tangan dari Brentford bagi mencatat rekod kelab dan pertahanan kanan, Matty Cash yang tiba dari Nottingham Forest.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 7:41 PM