Nadal mara ke pusingan ketiga Terbuka Itali. FOTO AGENSI
Nadal mara ke pusingan ketiga Terbuka Itali. FOTO AGENSI
AFP

JUARA bertahan, Rafael Nadal dan Novak Djokovic melakarkan kemenangan di Terbuka Itali untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan tanah liat di Rome.

Juara sembilan kali itu menyingkirkan rakan pasukan dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta 6-1, 6-1 pada perlawanan pertamanya dalam tempoh enam bulan bagaimanapun terpaksa bermain tanpa ada penonton di Foro Italico.

Pemain kedua dunia itu tidak beraksi sejak kali terakhir menang di Acapulco pada Februari lalu, memilih untuk tidak menyertai Terbuka AS kerana wujud kebimbangan terhadap wabak Covid-19.

"Satu perasaan yang baik dapat kembali beraksi," kata Nadal, 34.

"Tapi tidak seronok bermain tanpa penonton kerana tenaga daripada penyokong satu yang sukar digambarkan.

"Namun bagi saya, paling tidak hari ini adalah kemunculan semula yang sangat positif.

"Saya bermain satu perlawanan yang baik dan sangat serius, melakukan banyak perkara dengan baik dan sangat gembira," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 12:43 PM