Pelumba Astana dari Colombia Lopez meraikan kejayaan selaku juara peringkat. FOTO AFP
Pelumba Astana dari Colombia Lopez meraikan kejayaan selaku juara peringkat. FOTO AFP
AFP

Pelumba Slovenia, Primoz Roglic sekali lagi berjaya melepasi halangan terbesar untuk terus kekal sebagai pendahulu Tour de France manakala Miguel Angel Lopez mempamerkan kayuhan menakjubkan untuk meraih kemenangan peringkat yang menyaksikan penamat di puncak bukit.

Rakan pasukan Roglic, Tadej Pogacar yang masih lagi menjadi pencabar utama kepada perebutan jersi kuning, menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Lopez yang muncul juara dan Roglic, kedua.

Kemenangan Lopez yang menguasai peringkat pendakian itu sekurang-kurangnya membolehkan Colombia meraikan sesuatu ketika juara 2019 Egan Bernal terpaksa menarik diri daripada perlumbaan.

Dengan dua pendakian sukar membabitkan ketinggian 2,304m di atas Col de la Loze, Pogacar kini hanya ketinggalan beberapa saat di belakang Roglic dengan saingan di antara mereka masih lagi terbuka.

"Itu neraka," kata Roglic.

"Saya bangga dia di belakang saya," katanya yang hanya perlu bertahan dan mengelak daripada terbabit dengan insiden besar untuk bergelar juara tahun ini.

"Setiap meter pendakian ke puncak memang amat mencabar."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 3:01 PM