X
Andersen meraikan kejayaan muncul juara peringkat ke-19. FOTO AFP
Andersen meraikan kejayaan muncul juara peringkat ke-19. FOTO AFP
AFP

France: Primoz Roglic kekal sebagai pendahulu Tour de France ketika saingan hanya berbaki dua peringkat sebelum ditamatkan dalam perlumbaan yang menyaksikan pelumba Denmark, Soren Kragh Andersen menguasai peringkat ke-19.

Sam Bennett kini melangkah lebih jauh dalam perjuangannya apabila menyarung jersi hijau selepas mengatasi Peter Sagan.

Pelumba Sunweb, Andersen yang muncul pemenang di Lyon minggu lalu dengan cara yang sama mengatur strategi dari jarak 3km dan mula menyerang ketika perlumbaan berbaki 16km untuk ditamatkan.

"Saya membuktikan kemampuan saya dalam perlumbaan terhebat di dunia ini," kata Andersen. "Saya hanya fikir satu yang sukar menang dua peringkat di jelajah yang sama."

"Ini adalah hasil dari kerjasama dan apa yang dilakukan oleh semua pelumba Sunweb selama dua atau tiga tahun ini," katanya.

Roglic kini mendahului dengan kelebihan 57s mengatasi rakan pasukan Tadej Pogacar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 12:39 PM