CALVERT Lewin (kanan) meraikan jaringan kelimanya. FOTO AFP
CALVERT Lewin (kanan) meraikan jaringan kelimanya. FOTO AFP
AFP

HATRIK Dominic Calvert-Lewin dan gol pertama James Rodriguez di Liga Perdana Inggeris membantu Everton menewaskan West Bromwich Albion 5-2 untuk meneruskan permulaan cemerlang musim ini.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti bagaimanapun ketinggalan selepas Grady Diangana membuka jaringan di awal permainan pada perlawanan yang berlangsung di Goodison Park.

Bagaimanapun Calvert-Lewin menyamakan kedudukan sebelum James menambah gol kedua selepas itu.

Kieran Gibbs dibuang padang kerana mengasari James pada hujung babak pertama.

Kemudian pengurus Albion, Slaven Bilic terpaksa menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton selepas bertikam lidah dengan pengadil, Mike Dean.

Matheus Pereira kembali menyamakan kedudukan untuk Albion selepas bersambung separuh masa kedua namun Michael Keane pantas meletakkan Everton di depan sekali lagi sebelum Calvert-Lewin menambah gol keempat dan kelima untuk Everton.

Pada usia 23 tahun, Calvert-Lewin adalah pemain termuda Inggeris meledak hatrik di Liga Perdana untuk Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 9:52 PM