Guardiola tekad rampas gelaran dari Liverpool. FOTO AGENSI
Guardiola tekad rampas gelaran dari Liverpool. FOTO AGENSI
AFP

London: Pep Guardiola perlu berdepan dengan sebarang ujian yang mendatang dalam usahanya memastikan Manchester City mampu merampas gelaran juara Liga Perdana dari Liverpool musim ini.

Selepas berehat selama seminggu kerana pembabitan dalam aksi Liga Juara-Juara musim lalu, skuad Guardiola akan memulakan aksi dengan berkunjung ke Wolves.

Ia adalah perlawanan yang akan menjadi petunjuk sama ada City mampu mempertahankan gelaran musim lalu.

Mereka dikalahkan dua kali oleh Wolves, tewas sembilan perlawanan liga dan menamatkan saingan dengan jurang mata yang besar, 18 mata di belakang Liverpool.

Guardiola tahu City tidak boleh berdepan dengan banyak masalah yang tidak dijangka musim ini jika mahu merampas kejuaraan daripada Liverpool.

Guardiola turut menegaskan bahawa beliau tidak akan mengeluh jika tidak membeli ramai pemain baru, seperti Chelsea dan Liverpool.

Liverpool yang berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat pemain pemain Bayern Munich, Thiago Alcantara.

"Sejak hari pertama saya tiba di sini, saya lebih daripada berpuas hati dengan pasukan dan kelab yang melakukan segala yang terbaik bukan hanya untuk saya tapi pasukan," kata Guardiola.

"Apa yang akan terjadi akan terjadi. Jika kami perlu tetap bersama pemain (yang kita ada) saya tetap gembira atau jika kami perlu menjual seseorang (pada masa depan) itu kerana ada kalanya pemain yang memutuskan untuk pergi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 10:32 AM