Pogacar ungguli TdF dengan kelebihan 57 saat. FOTO AFP
Pogacar ungguli TdF dengan kelebihan 57 saat. FOTO AFP
AFP

Ronchamp,: Tadej Pogacar sedia mencipta sejarah muncul juara keseluruhan Tour de France selepas berjaya memintas rakan senegara dari Slovenia, Primoz Roglic yang ketinggalan 57 saat pada ujian masa individu, menjelang hari terakhir saingan esok.

Pogacar, 21, akan mengetuai peloton menuju ke Paris dengan memakai jersi kuning selaku juara keseluruhan dan akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Turut mengejutkan, pelumba muda itu akan turut menyarung jersi polka dot sebagai raja bukit dan dan juga jersi putih, pelumba terbaik bawah 25 tahun.

"Impian saya hanyalah untuk mengambil bahagian," kata Pogacar yang membuat penampilan pertamanya di Tour de France.

"Saya tidak dapat mendengar apa-apa pada pendakian terakhir dan saya hanya melakukan yang apa yang termampu," katanya.

Pelumba Australia, Richie Porte di tempat ketiga keseluruhan buat pertama kali dalam siri jelajah ini manakala Mikel Landa dan Enric Mas dari Sepanyol masing-masing berada dalam kelompok lima terbaik keseluruhan.

"Ia sangat luar biasa. Pada sebelah pagi saya merasakan tetap gembira walaupun hanya akan berada di tempat kedua tapi saya melalui aksi yang menyenangkan.

"Saya sekarang harus mula sedar diri bahawa saya sudah memakai jersi kuning. Memasuki minggu ketiga perlumbaan ini, saya berasa sangat seronok. Ada harinya saya beraksi dengan teruk, ada yang baik. Mungkin disebabkan faktor genetik, saya harus berterima kasih kepada ibu bapa saya," katanya.

Kata pelumba UAE Emirates itu, dia mula menyaksikan Tour de France pada 2009.

"Sebelum itu saya tidak tahu apa sebenarnya perlumbaan yang diperkatakan ini. Saya ketika itu bersorak ketika Alberto Contador dan Andy Schleck berlumba, sama seperti saya lalui sekarang. Ketika itu saya hanya berlatih dan akan menyaksikan perlumbaan di televisyen.

"Sekarang saya sudah berada di sini dan saya gembira menyarung jersi kuning," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 12:36 PM