UNDER sudah tidak sabar untuk beraksi di EPL. FOTO Agensi
UNDER sudah tidak sabar untuk beraksi di EPL. FOTO Agensi
AFP

London: Leicester City menandatangani pemain sayap Turki, Cengiz Under secara pinjaman jangka panjang dari AS Roma.

Leicester dilaporkan mempunyai pilihan untuk mendapatkan Under secara tetap apabila tempoh pinjaman berakhir.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menyertai rakan sepasukan baru dan pengurus, Brendan Rodgers menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley pagi nanti.

"Saya tidak sabar untuk ke Leicester dan memulakan latihan. Saya sentiasa mahu beraksi di England dan ini adalah peluang terbaik bermain di EPL," kata Under.

Under melakukan penampilan sulung dengan Turki ketika usia 19 tahun dan sekarang akan beraksi bersama rakan senegara, Caglar Soyuncu.

"Saya akan cuba membantu rakan sepasukan di dalam dan luar padang. Saya percaya mampu memperbaiki prestasi setiap hari," kata Under.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 9:03 PM