IBRAHIMOVIC jalani kuarantin di rumah. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC jalani kuarantin di rumah. FOTO AFP
AFP

Milan: Bintang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic didapati positif koronavirus, menurut kelab Itali itu hari ini.

"AC Milan mengumumkan Zlatan Ibrahimovic diuji positif selepas menjalani ujian swab untuk perlawanan menentang kelab Norway, FK Bodo/Glimt dalam aksi kelayakan pusingan ketiga Liga Europa hari ini," menurut kelab Serie A itu.

"Kami menyampaikan perkara ini kepada pihak berkuasa kesihatan dan dia segera menjalani kuarantin di rumah. Kesemua pemain lain yang menjalani ujian didapati negatif.''

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 9:53 PM